Harinih bila terbaca teguran Tuan Guru Nik Aziz kepada ahli-ahli Pas, rasa macam seronok dan bersyukur cause i've been feeling the same things about the issue since i don't know when. Saya kurang bersetuju dengan tindakan sesetengah dari pemimpin kita yang suka memberi gelaran yang bermacam2 kepada seteru politik. Gelaran-gelaran yang kadangkala bersifat fitnah, celaan dan tuduhan ini amatlah tidak sihat untuk Politik Islam. Kadangkala kita terlalu mudah memberi pelbagai gelaran untuk memeriahkan ceramah-ceramah dan membuat jenakan dengan merendah-rendahkan orang lain. Pada hemat saya ia adalah akhlak yang tidak patut kita tonjolkan sebagai pemimpin.
Sangat bertepatan teguran Tok Guru..!!!
Takbir!!
Nik Aziz tegur perwakilan PAS sindir Najib, Rosmah
Jun 13, 10
3:21pm
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menegur sikap perwakilan dalam muktamar parti itu yang menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai isteri kepada Rosmah Mansur.
Katanya, tindakan itu boleh menyakitkan hati orang lain dan menyebabkan perasaan dendam.
"Hendak suka bolehlah, tetapi menyakitkan hati. Bila sakitkan hati apa jadi?
"Hanya (mewujudkan) dendam sahaja akhirnya," katanya yang juga menteri besar Kelantan.
Semalam, ketika sesi perbahasan usul di muktamar PAS ke-56 di Pengkalan Chepa, seorang perwakilannya memperli Najib sebagai isteri kepada Rosmah.
Di kalangan penyokong pembangkang, perkara tersebut sering menjadi bahan gurauan, dipercayai ekoran penampilan Rosmah dilihat lebih 'agresif' berbanding isteri perdana menteri lain sebelumnya.
Menyampaikan ucapan penangguhannya tengah hari ini, Nik Aziz menjelaskan Islam mengajar umatnya memanggil seseorang itu dengan gelaran yang paling disukai dan amat disenanginya.
"Bila hendak sebut nama orang, kita (mesti) sebut nama yang paling disukainya, (misalnya) pakcik, ayah haji, yang amat berhormat.
"(Kesimpulannya) katalah pekataan yang amat disenangi," tambahnya.
Menurut menteri besar lagi, perkara itu selari dengan landasan hikmah dan dasar kesederhanaan dalam Islam.
No comments:
Post a Comment