Pages

Subscribe

Sunday, August 15, 2010

Gelagat Ramadhan

Assalamualaikum wbt..

Suka tgk gelagat manusia melalui facebook..

Ada yang di bulan Ramadhan nih mengambil peluang untuk mengurangkan aktiviti di Facebook

Ada pula yang mengambil peluang untuk meneruskan dakwah melalui Facebook..

Ada yang membuat kempen 1 Hari 1 Hadith

Ada yang membuat kempen 1 hari 1 ayat Al-Quran

Ada pula yang menghantar post-post berbentuk dakwah..

Namun, ada pula yang tidak berubah..sama jaa postnya..post berkenaan perempuan, berkenaan boa, berkenaan itu dan ini..

Lebih malang ada juga membuat kempen 1 hari berjalan di Bazaar..Menulis status hari ini ke Bazaar bersama boyfriend, hari ini berbuka dengan boyfriend, nasib x tulis hari ini bersahur dengan boyfriend..

Ada juga yang membuat kempen 1 Hari 1 Menu..Menulis menu hariannya berbuka puasa untuk dinikmati bersama-sama sahabat Facebooknya..

Itulah gelagat manusia di Facebook..

Aku sendiri tergolong dalam salah satu golongan diatas..Adakah tergolong dalam orang-orang yang rugi??

No comments: