Pages

Subscribe

Wednesday, September 1, 2010

Ujian

Assalamualaikum wbt...

Hurmmm

Bulan Ramadhan nih memang banyak laa ujian Allah bg kan..Allah nk bagi peluang kita tambah pahala..Kalau sabar menempuhinya, pasti berlipat2 kali ganda kebaikan yg Allah akan bg kt kita kan, sebab kebaikan di bulan Ramadhan akan digandakan..

Pernah satu hari terdengar ceramah kt Ikim.fm, ustaz nih cakap gini.

Allah akan menguji manusia pada titik kelemahannya. Kat tempat kita paling lemah tuh lah tempat yang Allah akan selalu dan berulang-ulang kali akan uji kita. Contohnya,

Kalau seseorang tuh lemah akademik, maka Allah uji dengan kegagalan dalam peperiksaan, bukan sekali Allah uji dengan kegagalan, tapi mungkin berkali-kali. Sahabat-sahabat disekeliling saya banyak yang diuji oleh Allah melalui akademik, ada yang berkali-kali sudah. Exam continuous assesment gagal, pastuh summer pun gagal, oral pun x lepas juga, balek resit autum pun masih x lepas lagi..Allahu Allah...sungguh berat Allah menguji mereka..

Kalau seseorang tuh pulak ada masalah kewangan, maka dari aspek kewanganlah Allah akan uji dia bertubi-tubi. Tak cukup duit nak makan laa, tak cukup duit nak bayar itu dan ini, tak cukup duit untuk ubat dan macam-macam. Selalukan kita tgk drama-drama melayu, kalau orang miskin tuh, bukan sekali jaa x cukup duit, tetiba drama mcm2 pulak, rumah terbakar laa, anak sakit laa perlu duit, dan macam2 lg ujian Allah

Kalau seseorang tuh lemah dalam bab2 hubungan sesama manusia nih, maka kat situ jugaklah betubi-tubi ujian datang menimpa. Lepas satu ujian, ujian lain pulak. Ada pulak bila dah lepas ujian tuh, kita anggap dah selesai dan perkara semakin pulih, tup tup dengan kuasa Allah ia terjadi semula..Allah uji hubungan kita sesama manusia. Ada yang diuji dengan penceraian, diuji dengan perselisihan, persengketaan dan macam-macam lg. Ada pulak orang-orang yg bercerai, ujian Allah tak terhenti setakat tuh, hubungan dengan anak-anak pulak semakin bermasalah. Begitulah...

Kalau seseorang tuh lemah dalam ketaatan kepada Allah dan selalu melakukan maksiat, maka pada titik maksiat itulah Allah akan mengujinya supaya dia mampu meninggalkan lembah maksiat itu buat selamanya. Allah akan membakar2 nafsunya untuk menguji dirinya supaya dia belajar untuk menundukkan nafsu. Seringkali dia mungkin gagal dan terjatuh ke lembah nafsu itu, tapi dia kembali bertaubat. Setelah itu terjatuh lagi ke situ dan dia kembali bertaubat namun pasti ada perubahan pada dirinya.

Dan macam-macam jenis ujian lagilah yg Allah bg kepada manusia...Dan Allah mengulang ujiannya pada titik kelemahan manusia. Kenapa?? Kerana itu titik yang lemah dalam diri individu, maka bila diuji Allah ia akan memperbaiki kelemahan itu dan memberi kekuatan sebagai ganti kepada kelemahan tersebut..tapi nk buang kelemahan tuh, bukan sekali jer diuji dia terus kuatkan, mesti diuji berkali-kali barulah dia akan kuat.

Macam orang yg gagal peperiksaan, bila gagal, akan melonjak dia utk study dengan lebih dan lebih dan lebih lagi. Maka, dari kurang ilmu, maka bertambah-tambah ilmu dan kefahaman dia..begitu jugalah dgn lain-lain.

Allah akan menguji kita pada titik yang sama, maka bila diuji untuk kali kedua, ketiga maka janganlah berputus asa..kerana sesungguhnya Allah takkan menguji kita kalau Dia tidak inginkan kebaikan buat kita. Maka diuj untuk menguatkan diri, dan menghilangkan kelemahan diri...Maka janganlah berputus asa, kerana kita pasti menjadi insan yang lebih hebat usai ujian tersebut.

*Tulisan ini adalah untuk memujuk diri agar tidak berputus asa bila berkali-kali ditimpa ujian Allah. Ujian yang sama yang melanda, namun, disitulah pengajarannya untuk melatih diri menjadi lebih kuat*

No comments: