Pages

Subscribe

Monday, October 25, 2010

Cinta ini..



Cinta ini..
Ku tahankan untuk bila tiba waktunya,
Cinta ini..
Ku simpankan sampai tiba masa untuk ku lafazkan,
Cinta ini..
Ku pendamkan hanya untuk Permaisurinya,
Cinta ini..
Ku rahsiakan sehingga bila ditakdirkan untuk kita bersama.

Kerana cinta,
manusia pernah binasa
Kerana cinta,
nafsu pernah menggila,
Sesungguhnya ia bukan cinta,
Hanya Syaitan yang membutakan mata
Lantas membawa kita ke sebuah neraka.

Cinta ini..
Percayalah pada Allah, dengan izin-Nya kita akan bersama
Cinta ini..
Percayalah pada Allah, untuk kita saling mempercayai
Cinta ini..
Percayalah padaku, akan ku bawamu sampai ke syurga
Cinta ini..
Percayalah padaku, kita akan mengecap bahagia
Mencoret tinta-tinta emas hingga selamanya
Moga hingga akhir hidup ini, aku masih bisa melafazkan....Cinta ini..~


p/s : OMG!!OMG!!OMG!! Tgh mode jiwang sbb baru lepas tgk cerita jiwang kejap..ohooooo...xnak tgk cerita jiwang lg, nnti hati berkarat kejiwangan..

No comments: