Pages

Subscribe

Monday, October 25, 2010

Apabila sudah tidak mampu berfikir

Assalamualaikum wbt.

Apabila sudah tidak mampu memikirkan idea-idea yang bernas dan menarik untuk dicoretkan menghasilkan artikel untuk dibaca. Aku berhenti menulis buat seketika.

Apabila tidak mampu memikirkan dan menilai tindakan-tindakan manusia. Aku berhenti berkata-kata.

Apabila tidak mampu memikirkan dan menimbang tara setiap perkara yang menjadi berita. Aku berhenti membaca berita.

Apabila tidak mampu memikirkan setiap putaran kejadian. Aku berhenti terpana.

Apabila tidak mampu memikirkan jalan penyelesaian kepada masalah yang berlaku. Aku hanya membuta, kaku tak 'bernyawa'

Apabila tidak mampu memikirkan. Aku takut. Aku gelisah.

Kerana hidayah Allah hanya untuk mereka yang berfikir.

Takut-takut saat aku berhenti dari berfikir kerana merasakan letihnya memikirkan perkara-perkara ynag terjadi, maka saat itu Allah menarik kembali Hidayah-Nya atas kelalaian dan kelemahan diri. Takut saat aku mengatakan kepada manusia, "Aku dah tak larat dah nak pikir " Allah lantas mengambil kembali anugerahnya itu.

Namun, risau juga, memikirkan perkara yang ternyata sia-sia. Memikirkan perkara dengan didorong nafsu yang menggila. Memikirkan perkara yang hanya menggamit Syaitan untuk bertandang dihati membisikan was-was dan syak wasangka.

'Afala tatafakkarun...Apakah kamu tidak berfikir'

Berkali-kali Allah menyoal dan mendesak kita berfikir. Kerana dari buah fikir itu, kita mengenal Allah. Kerana dari buah fikir itu, Allah mencampakkan cinta buat kita kepada-Nya.

Fokus untuk memikirkan perkara-perkara yang mendatangkan faedah. Terlalu memikirkan soal hati dan emosi, maka Syaitan akan mula menguasai hati, merusakkan jiwa dan minda.!!!

No comments: