Pages

Subscribe

Friday, October 1, 2010

Schizophrenia, Somatisation, Stealing



Assalamualaikum wbt..

Semalam first time ambik history patient psych selepas cubaan bertalu-talu sebelum nih gagal. Sangatlah best ambik history sebab patient tuh baik gila. Patient tuh cam mengalami delusion yg syaitan sedang menunjukkan kepada dia neraka. Dia kata neraka itu gelap dan menakutkan. Pastuh pada masa yang sama dia jumpa jugak Jesus yang memberitahunya untuk membuat kebaikan. Menarik la.

Tapi, bila ambik history psych kita kena korek cerita-cerita dia zaman kecik-kecik dulu semua kan. Zaman kanak-kanaknya tidaklah baik seperti kita. Tiba-tiba tengah-tengah ambik history tuh dia cakap, ' i feel like crying today. I cannot cry out loud'. Then sudden-sudden dia menangis. Aku kaget. Sudah. Mesti dia rasa sedih sebab dok ungkit cerita lama dia semua kan. Sorry yer pak cik.

Lepas nangis dia pun makan lunch dia. Dia dok ulang banyak kali yang dia suka makan salad. Dan dia nak bagitahu mak dia yang dia suka makan salad, mungkin sebab mak dia cam x suka dia makan salad camtuh.

Apa-apa pun, sangat gembira ambik history patient tuh.

Pagi tuh time ward round best jugak. First pergi jumpa seorang budak perempuan umur 17 tahun yang somatisation (pada yang taktahu somatisation tuh cam dia berlakon saket). Dia berlakon saket kepala, saket belakang, saket kaki. Tapi saket kepala laa yang crucial n sampai x leh jalan semua *tapi reg kata tengah hari semalam dia cekup budak tuh tengah bersembang ngan jiran sebelah katil*..Neurologist dan wat MRI semua and dah rule out semua medical condition, then terpaksa refer to psychiatrist. Sampai nangis-nangis dia berlakon kat depan kitaorg semalam. Bila doktor nak prescribe Amitryptilline ( antidepressant yg boleh jugak bg at low dose untuk treat neuropathic pain), dia igt orang kata dia depress n x percaya yang dia sakit. then nangis. pastuh dah abis aku kena tolak kerusi roda dia balek katil dia. Aku tanya ward berapa, dia cakap i don't know sambil marah. Hahaha.

Pastuh lepas tuh pulak, pi jumpa sorang patient nih yang di refer kepada psychiatrist sebab kena cekup curi ubat kat troley ubat. Consultant aku kata dia x dak mental illness pun walaupun dia ada history of depression. So dia nasihatkan staff nurse untuk place charges kepada patient tuh atas sebab mencuri. haha..macam-macam

Kiranya semalam was a very good day..hari nih pergi sepital takda satu benda pun nak buat. Sia-sia je pergi. In Psychiatric there's up and down.hehe..

No comments: