Pages

Subscribe

Saturday, November 6, 2010

Kalah


Assalamualaikum wbt...

Tadi membaca perutusan dari Tuan Guru Haji Hadi, beliau berkata, kalah bukan bermaksud perjuangan kita tidak benar. Terkesan di hati.

Hari tuh pilihan raya Galas dan Batu Sapi, PR kalah kan. Galas pulak, BN menang dengan majoriti yg lebih besar. Masa hari pengundian tuh, bila dah tau kalah, semua org pun sedih dan muram.

Hurmm..syaitan jugak membisikkan dalam hati, Pas nih dah berjuang 50 lebih, awat yang tak menang-menang lagi nih. Syaitan mula membisikan persoalan-persoalan yang pelbagai untuk meruntuhkan keyakinan. Bukan kah kita membawa islam, tapi kenapa kita kalah nih? Kekalahan demi kekalahan. Bila Islam nak menang di Malaysia nih. Begitulah bisik-bisik syaitan dalam hati yang membara dan tidak sabar.

Maka, lantas mengingat kembali ayat Allah dalah Surah Al-Mujadilah

" Allah telah menetapkan: Sesungguhnya Aku dan Rasul-Rasul Ku pasti akan menang. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha kuasa."

Keyakinan akan janji Allah tuh tidak pernah dipersoalkan langsung. Namun, kadangkala bisik-bisik syaitan memang sedaya upaya mempengaruhi hati dan minda.

Kekalahan bukan bererti kita tidak benar. Islam dibawah pimpinan seorang Rasul juga pernah kalah, maka apakah yang memungkinkan kita untuk tidak patuh pada Sunnatullah.

“Jika kamu (pada Perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itu pun (pada Perang Badar) mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim, dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir.” (Ali ‘Imran: 140-141)

Sunnatullah, kemenangan dan kekalahan itu ibarat roda yang berputar dan bergilir. Namun, adakah bila kalah bererti kita tidak benar? Islam pernah kalah, adakah bererti Islam tidak benar? Jawapannya pastilah tidak sama sekali. Malahan, Umat Islam kalah dalam peperangan ke-2 dalam sejarah umat islam. Dan sungguh, kekalahan itu adalah semata-mata Allah mahu mendidik, mengajar dan membetulkan kelemahan dan kesilapan kita. We have to lose, in order for us to win.

Yakinlah, bahawa Islam itu pasti akan menang!!

No comments: