Pages

Subscribe

Wednesday, January 26, 2011

Parenting

Assalamualaikum wbt..

Arinih ada tutorial tentang Child Sexual Abuse oleh Child Sexual Abuse Assessment committee. So dia explain laa panjang-panjang pasal sexual abuse..menarik jer topic tuh untu dibincangkan tapi cara penyampaian pak cik tuh sangat melankolik, membuai diri untuk tertidur..hehe..

Tutorial td dia explain laa type of sexual abuse, Exposure, Non-Penetrative, Penetrative...Part yg nak dibincangkan adalah Exposure iaitu menunjukkan bahan-bahan tidak sopan dengan sengaja kepada anak-anak.

Tengah2 lecture tuh, otakku tetiba teringat satu kes time zaman sekolah menengah rasanya iaitu budak-budak sekolah rendah, darjah satu or darjah dua melakukan oral seks dibawah meja guru didalam kelas.

Tak pasti kenapa ingat lagi berita nih sebab dia jadik main headlines dalam semua berita. Mungkin dapat igt sampai sekarang adalah sebab time tuh aku x faham pun apa itu oral seks. Ingatkan oral seks tuh budak budak tuh berbincang dan berborak-borak tentang seks dibawah meja guru..kalau direct translation yg difahami time tuh begitulah..so dalam kepala dok fikir teruk nye budak2 nih pergi sekolah bincang pasal seks. Tapi time tuh tak tahu oral seks tuh apa.

Bila dah tua sket baru tau oo oral seks itu maksudnya lain...lagi laa ternganga kejap bila memikirkan budak darjah dua prektis oral seks dalam kelas..

Pastuh terfikir, camna budak-budak kecik nih dah boleh tahu tentang benda-benda camtuh..aku yg bila dah besar panjang baru tau oral seks itu apa, camna budak darjah dua dah boleh tau..Budak-budak kecik sangat innocent dan suci kot..hurmmm...

So td try google cerita tersebut dan jumpa nih..

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seks oral dibawah meja di bilik darjah oleh empat orang murid tahun dua di sebuah sekolah rendah di Taiping. Hasil siasatan guru- guru,didapati bahawa seorang daripada murid itu mengulangi apa yang yang dilihatnya dalam sebuah filem lucah , bersama-sama ibu bapanya pada malam sebelumnya. Di sebabkan oleh sebab sifat ingin tahu,dia meminta rakan-rakannya untuk mencubanya di bawah meja selepas guru mereka meninggalkanbilik darjah. o Namun apa yang sangat menyedihkan ialah sikap ibu bapa itu sendiri yang sanggup mendedahk ananaknya kearah gejala sosialdenganmenonton video lucah bersama- samanya. Bagaimanakah ini boleh terjadi dalam masyarakat kita pada hari ini ? Apakah faktor yang menyebabkanberlakunya semua ini ?Adakah anak yang perlu dipersalahkan atau ibu bapa yang tidak berakhlakyangperlu dipersalahkan ? Ibu bapa hendaklah menjadipemangkin dan contoh teladan yang baik bagi anak-anak kerana pengaruh media massa pada zaman ledakan maklumatdanlambakan bahan-bahan lucah seperti majalah danVCD lucah amat mudahmempengaruhi tingkah lakuanak- anakdan para pelajar.

Huh??? Ternganga kejap.

Parent dia sendiri??

Allahu Allah. Kerosakan krisis nilai melampau dalam institusi keluarga. Teruknya kalau parent sendiri yang expose anak-anak kepada benda-benda macam tuh..Allah kata dalam Al-Quran selamatkanlah diri kamu dan keluarga kamu dari bakaran api neraka. Tapi mak pak budak nih bawak anak-anak dia sekali nak masuk neraka bersama..huhu..

Lantas terfikir dan reflect diri, what kind of parent i want to be, what kind of father would i be in the future. Macam mana aku nak mendidik anak-anak sendiri nanti agar menjadi anak yang soleh dan pejuang agama Allah.

Tarbiyatul aulad bermula dengan tarbiyah diri sendiri dan mencari pasangan yang terbaik, find a good mother for your children and make you best to be a good father..

Adios~

No comments: