Pages

Subscribe

Tuesday, January 25, 2011

Dimana nilaian ukhuwah?



Dimana nilaian ukhuwah?

Susah untuk difahami, apa itu ukhuwah yang sebenarnya. Puas memikirkan apa itu ukhuwah. Juga sering meneliti perasaan sendiri, apakah yang dirasakan itu ukhuwah? Sukar menterjemahkannya dalam bentuk yang mudah difahami kerana hati yang merasa sugguh abstrak untuk dijelmakan.

Ada yang menggelarkan ukhuwah yang rapuh sebagai ukhuwah cap ayam. Bukanlah cap ayam itu menggambarkan ianya sedap, tetapi menggambarkan kegersangan kepada sebuah erti ukhuwah.

Hurmmmm…persahabatan nih mudah diucapkan dibibir, tapi pada hakikatnya tidak ramai yang betul-betul yang beramal dengannya, termasuklah diri sendiri.

Semua orang pun selalu kata, member ketika senang berlambak, member ketika susah payah nak cari. Cliché sungguh di pendengaran kita, tapi mari kita lihat dari perspektif yang lain pula.

Pasti ramai yang merasa bila kita berkawan dangan seseorang, kita sedia untuk menjadi kawan ketika susah dan senang. Tapi persahabatan memang mudah diuji dengan pelbagai ujian dan cubaan. Ramai orang yang dulu kita tengok rapat, tetiba bergaduh bertegur sapa pun tidak. Kebiasaan yang teramat sangat. Kita sendiri pun mungkin pernah dan sedang mengalaminya. Ketika masih baik, dua-dua pun merasakan mereka adalah kawan ketika senang dan susah untuk satu sama lain. Tapi bila susah betul-betul datang, kita akan salahkan orang lain terlebih dahulu.

Ukhuwah memang ada musim dan pasang surutnya. Macam orang kata sedangkan lidah lagikan tergigit, apatah lagi suami isteri. Kalau suami isteri yang saling bercinta sehidup semati pun sering bertingkah, apatah lagi antara sahabat-sahabat.

Bila ukhuwah berada pada musim bahagia, semua yang bersahabat akan berbahagia, kawan itulah tempat mengadu, kawan itulah tempat luahan hati, kawan itulah tempat gelak ketawa. Bila kita kita berkumpul bersama kawan-kawan ramai-ramai kita akan rasa seronok dan gembira. Bila kita bersama kawan-kawan kita, kita rasa gembira dan seronok, kita pun berkata pada diri, owh inilah yang dinamakan ukhuwah. Perasaan gembira dan sayang yang lahir dari musim bahagia ukhuwah itu kita definisikan ukhuwah.

Bila ukhuwah berada pada musim sukar, bagaimana pula keadaannya. Pada ketika inilah kita rasa ukhuwah makin renggang, hubungan makin retak. Bila ada konflik melanda antara kita dan sahabat, mulalah kita merasakan sesuatu perasaan yang tidak enak dalam hati. Kalau nak berjumpa pun dah tak segembira dulu. Kalau boleh nak larikan diri lagi ada. Dulu kerap jumpa, sellau pergi rumah, skang batang hidung pun tak nampak. Bila bergaduh, susah nak maafkan. Bila marah , payah kita nak lupakan. Bila ada masalah peribadi dengan kawan kita, cepat nak bermasa muka. Kita pun katalah ukhuwah kita dah rnggang dan dah tak ngam mungkin. Perasaan marah, kecewa, benci dan tidak selesa yang kita rasa ketika musim sukar ukhuwah itu kita definisikan sebagai kerenggangan sebuah ukhuwah.

Kalaulah kita mengikut musim ukhuwah ini, maka alamatnya, ukhuwah itu tiada nilai langsung pun. Persahabatan yang kita sama-sama ukir selama nih tiada nilai langsung sekiranya kita hanya nak ikut musim ukhuwah.

Perasaan kasih, tautan hati dan kegembiraan yang lahir dalam hati kita ketika musim bahagia itu sebenarnya gunanya adalah ketika musim susah menjelma. Kegembiraan yang kita tautkan dalam hati kita tatkala berjumpa tuh gunanya bukan pada masa itu, gunanya pada masa konflik melanda antara kita. Kemesraan yang terjalin dalam hati kita masa kita sama-sama gembira dan bahagia, perasaan itu bukan nilainya untuk ketika itu, tetapi apabila kemesraan itu mula pudar dibadai gelombang.

Gunanya ukhuwah adalah apabila badai melanda hubungan kita. Time tuh akan menguji sejauh mana nilai ukhuwah yg telah kita bina sebelumnya. Kalau ukhuwah kita hanya pada setakat gelak ketawa dan senda gurau, pasti persahabatan kita tidak akan mampu survive gelombang yang melanda. Sebab tuh bila kita dalam konflik dengan kawan kita, kita boleh muhasabah dan nilai, sejauh mana hubungan yg dibina sebelum ini. Atas asas apa. Bila musim bahagia kita selalu berjumpa, kongsi cerita tuh, cukup kuat tak untuk hadapi cabaran yg melanda persahabatn kita.

Kalau tak cukup kuat, persahabatan kita akan putuslah.

Sebab tuh lah ramai bila kawan dia buat salah kat dia, dia susah nak maafkan

Sebab tuh la ramai bila berkawan dia suka ambil kesempatan

Sebab tuh ramai bila marah dia susah nak redakan

Bila kita tak boleh nk maafkan kawan kita, bila kita tak boleh nak bendung rasa kecewa kita, bila kita tak boleh nak redakan rasa marah bila berkonflik, ingat balek, apa nilai ukhuwwah kita. Apa ukhuwah yang telah kita bina sebelum nih

Adakah friendship kita sebelum ni tak da nilai langsung untuk kita bg kemaafan pada kawan kita. Kalau tak da nilai, maksudnya time kita bersuka gembira bersama kawan kita dulu tuh, itu hanya kepura-puraan semata-mata. Kita laa kawan yg masa senang tuh bila susah kita lari..

Susah betul nak faham erti dan nilai sebuah friendship...what a friendship really means....


Adios~

No comments: