Pages

Subscribe

Friday, February 18, 2011

Memilih Hidup Yang Susah

Assalamualaikum wbt

" Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan "
( سورة الأحزاب , Al-Ahzab, Chapter #33, Verse #72)

Apabila Allah menawarkan kepada langit, bumi, gunung dan ganang untuk memikul tugas khalifah mereka menolak dan manusia telah menerima tawaran dari Allah itu.

Kenapa sanggup manusia menerimanya sedang makhluk Allah yang lain semua telah menolaknya kerana takut tidak mampu menyempurnakan tanggungjawab tersebut.

Bodohlah manusia kerana meletakkan dirinya dalam pertanggungjawab yang kelak akan dipersoalkan Allah. Beruntunglah manusia yang menerima tanggungjawab dan melaksanakan sehabis daya yang mampu.

Menerima tanggungjawab bererti kita memilih hidup yang susah. Tanggungjawab adalah amanah yang sungguh berat untuk dipikul dan ia menuntut komitmen yang bersungguh dan mengerah seluruh tenaga dan usaha untuk dilaburkan.

Maka, ia jalan yang susah, namun manusia memilih untuk menerima tanggungjawab tersebut.

Memilih jalan yang susah bererti memilih kehidupan yang bahagia diakhirat. Manusia sedang berdagang dengan Allah jalan hidupnya yang susah demi nilai kurniaan syurga itu. Rasulullah memilih jalan hidup yang susah demi mencapai redha Allah. Para sahabat juga begitu, tabi'in, ulama' semuanya begitu. Maka pilihanku jua adalah jalan hidup susah itu.

Disebalik jalan yang susah itu, ada penghujungnya cahaya. Disepanjang jalan yang penuh mehnah itu adanya hidayah dan barakah Allah.

Manusia memilih hidup yang susah demi bayaran sebuah syurga nan indah.

Walaupun disaat manusia lain memilih untuk mempertikaikannya, tetaplah pendirian dan hati bahawa itulah pilihan syurga yang menanti.

Pasti Allah telah merencana jalan kehidupan yang terbaik untuk agamaku dan Allah pasti tidak akan mengujiku diluar batas mampunya aku.

Tiada lain yang kupinta hanyalah sokongan, semangat dan bantuanmu dikala jalan hidup susah itu mendesak aku sehingga ke penjuru dunia.


No comments: