Pages

Subscribe

Saturday, February 12, 2011

Persoalan Sebuah Perkahwinan



Assalamualaikum wbt...

Bila kita membuat keputusan untuk berkahwin, mesti kita buat keputusan dengan 'purpose'. Takkan la tetiba orang tuh bangun pagi tetiba rasa 'eh nak kahwin laa hari nih'. Mesti tak kan. Sebab kahwin bukan untuk sehari, tetapi untuk seumur hidup, pasangan yang akan kita bawa sampai ke syurga. Dari pasangan itulah kita nak zuriat yang mendoakan kita bila kita sudah meninggal dunia nanti. Jadi, kita mesti ada alasan yang kukuh kenapa kita NAK berkahwin, dan kenapa kita KENA berkahwin.

Semua setuju dengan tujuan perkahwinan yang secara general seperti memerlukan teman hidup, fitrah manusia, untuk mendapat anak, sunnah nabi dan etc. Tapi setiap orang pun mesti ada specific 'reason' kenapa dia nak berkahwin dan kenapa dia kena berkahwin.

NAK berkahwin dan KENA berkahwin adalah dua perkara yang berbeza. Semua orang NAK berkahwin, tetapi NAK berkahwin tidak 'justify' kenapa kita KENA berkahwin. Sama la kenapa kita NAK makan, mungkin sebab kita lapar, sebab makanan tu sedap atau itu makanan kegemaran kita, tapi kita KENA makan sebab kita nak kena hidup.

Jadi kena fikir dan bezakan dengan betul, kenapa kita NAK kahwin dan kenapa kita KENA kahwin. Bila kita NAK kahwin kita selalu fikirkan perkara-perkara yang menarik sahaja dalam perkahwinan dan kadang-kadang NAK tuh bahagian nafsunya yang besar tetapi pertimbangan akal dan rasional mudah dikaburi. Tapi kalau kita fikir kenapa kita kena kahwin, maka kita akan fikir dengan lebih serius dan mendalam. KENA kahwin akan membawa kepada persoalan KENAPA berkahwin? KENAPA berkahwin adalah persoalan yang paling penting untuk dijawab, kerana ia akan menentukan halatuju perkahwinan kita kelak. Kalau kita kahwin untuk suka-suka atau sebab kita sangat-sangat cintakan si dia, maka itulah yang akan membentuk perkahwinan kita nanti. Seterusnya persoalan KENAPA akan membawa kepada SIAPA yang ingin kita kahwini. Gadis sepertimanakah yang bakal menjadi ibu kepada anak-anak kita.

Selalu jugak fikir, adakah umur 23 terlalu muda untuk berkahwin? Kalau orang memilih untuk kahwin pada usia muda, maksudnya dia seharusnya memikirkan dengan mendalam persoalan KENA dan KENAPA dia berkahwin. Jika sekiranya perkara tersebut tidak betul-betul difikirkan, mungkin ia adalah tindakan tidak matang dikala usia muda. 'Impulsive behaviour' mungkin. Atau 'external pressure' bila tengok kawan-kawan sorang demi sorang kahwin (terutamanya muslimat).

Bila mula-mula ambil keputusan untuk berkahwin, rasanya dah jawab kepada diri sendiri persoalan NAK, KENA, KENAPA dan SIAPA, tetapi perlu difikirkan dengan lebih mendalam akan persoalan KENA dan KENAPA. Semalam bila berbual-bual dengan seorang teman bertanyakan tentang pengalamannya menempuh alam perkahwinan, dia bertanya soalan KENAPA berkahwin kepada aku. Seperti baru pertama kali mendengar persoalan itu diajukan oleh orang. Selalunya orang akan bertanya tentang dua soalan 'penting' iaitu SIAPA dan BILA. Soalan yang kita sendiri tak larat nak jawab dan hanya mampu senyum tersimpul-simpul sahaja. Pertama kali orang bertanya, KENAPA. Itulah soalan yang lebih penting untuk ditanyakan kepada orang yang bakal berkahwin, kerana ia akan membuatnya berfikir dan berfikir. Ia akan membuatkan dirinya berusaha membuat persediaan kearah mempersiapkan diri bagi memenuhi tuntutan kepada soalan KENAPA tersebut. Bila kawan anda memberitahu pada anda dia ingin berkahwin, soalan pertama yang perlu ditanya adalah KENAPA berkahwin? Bila anda tanya soalan itu padanya, pasti dia akan terpana dan berfikir sebentar. (tapi jangan bunuh keseronokkannya memberitahu anda tentang kebahagiaan yang bakal mendatang untuknya)

Dah lama terfikir satu soalan nih. Macamana 2 orang manusia (lelaki dan perempuan) boleh membuat keputusan untuk sehidup semati dan memberi komitmen kepada seorang manusia lain untuk seumur hidupnya. Bukanlah mempersoalkan sebab pelik tetapi sebab kagum dan merasa takjub dengan sifat manusia. Dalam lautan manusia dibumi Allah ini kita memilih untuk mendamba hidup pada hanya seorang sahaja. Tak bosan kah? Tak jemu kah? Tak mual kah? Menatap wajah yang sama saban hari selama 50 tahun mungkin. Mungkin persoalan itu bakal terjawab bila sudah mengalami sendiri pengalaman tersebut. Mungkin itulah kuasa cinta yang disandarkan kepada Allah yang perlu dirungkai dialam perkahwinan nanti. Dan itulah hikmah penciptaan Allah

" Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir." (Qs. Ar. Ruum (30) : 21)

Semoga Allah mengurniakan sebuah rumah tangga yang penuh keberkatan, bersama isteri dan anak-anak yang soleh.

"Dan hamba-hamba yang beriman itu berdoa, Wahai Tuhan kami kurniakanlah untuk kami isteri-isteri kami dan anak-anak kami yang jadi penyejuk mata kami dan jadilah kami petuan orang-orang yang muttaqin."(Surah al-Furqan:74)

No comments: