Pages

Subscribe

Saturday, March 19, 2011

Opthalmology


Alhamdulillah..

DONE with a week of opthalmology. Sebenarnye 4 hari jer sebab hari khamis cuti Paddy Day kan. Seronok laa opthalmology. heeheehee..bertambah-tambah konpius sebab semua benda suka tapi opthalmology adalah salah satu bidang yang akan diconsider untuk diceburi sebagai kerjaya dimasa hadapan kelak. Sebab dia cam x busy sangat and boleh balek kerja pukul 5petang. Hehe..

Exam??? hohoho..tawakkal jer lah. Macamana laa la cramp suma benda dalam otak dalam masa 5 hari. Perkataan rabun jauh dalam medical term (myopia) pun tau disaat2 akhir je. Hahaha..tapi cam best jugak opthalmology nih, sbb cam specialised and focus. Macam xbanyak sangat benda ekceli..heehee

Time tgh wat study2 tuh teringat laa time interview Mara dulu, 6 years ago. Dia tanya camana air mata dihasilkan. Hoho..What do you expect dr seorang budak tingkatan 5. Nak bg physiological mechanism of tears production. ?? Advance sangat tuh. Tapi time tuh mmg dengan penuh yakinnya menggoreng. Memang konfiden abis laa..hahaha..

Tapi sedihnya, semalam bila exam..hoho..dimana sudah hilang konfiden itu. Siryesly cakap suara slow sungguh. Bila dia tanya, puas fikir x reti...then jawab i don't know..i don't know is all i can think of. It's not about the question, ye aa ada laa few questions yang dia tanya yg mmg x reti (dia tanya retinal detachment, sy skip chapter tuh dalam buku sebab igtkan tak penting..hahaha).

Time lepas SPM dulu langsung x der knowledge bab2 opthalmology, tp bila orang tanay boleh jawab dengan konfidennya. Skang dah banyak belajar, tapi bila nak jawab pun takut-takut. Tak paham betul. Budaya negatif betul nih.

Perlu lebih menunjukkan diri seorang yang konfiden ketika exam. Kalau tak tau pun, jawab i don't know dengan yakinnya. Baru laa examiner terkesima sket. haha..


No comments: