Saya sangat suka sajak-sajak yang dihasilkan oleh Mohd Waqiyyudin Abdullah. Time kat KMB dulu dia mmg jaguh bersajak la. Baca sajak pun meremang bulu roma dengar. Sajak-sajak dia sangat besat dan meaningful. Selalu kalau baca sajak orang-orang sasterawan, selalu bahasa canggih benor, bila baca tak faham pangsung walaupun puitis bangat kan. Orang-orang sastera jer yang faham. Orang-orang buta bahasa sket nih baca ternganga tidak faham. Jadi bila baca sajak Waqy rasa best sebab bahasa mudah tetapi puitis. Yang paling digemari adalah sajak pasal ibu. Sangat-sangat ditujukan untuk mak dirumah=)
IBUKU TIDAK PANDAI
Ibuku tidak pandai
Menghantar mesej ringkas
Setiap yang dikirim
Bisu yang berbalas
Ibuku tidak pandai
Meneka mana Eropah
Cuma di benaknya
Mahu ke Mekah
Ibuku tidak pandai
Menghadap teknologi
Hari ini ia belajar
Esok diajar lagi
Ibuku tidak pandai
Memakai baju mahal
Ke mana jua pergi
Kurung tak ditinggal
Ibuku tidak pandai
Mengerah amarah
Tapi tajam jelingnya
Buat kami bersalah
Ibuku tidak pandai
Berbicara syahdu
Hanya tutur mata
Meluahkan rindu
Satu lagi sajak yang best
TAHAJUD YANG SEDANG MENANGIS
Gigil pada subuh ini
Menyuluh hati mencari tahajud
Merangkak dan berjalan
Kadang rebah ditolak mimpi
Mungkin saja hati itu telah mati
Disula dan direjam
Oleh kerikil-kerikil nafsu
Oh hati
Nafasmu yang sakarat
Sedang memaksa kakimu berlari
Menuju tahajud yang sedang sepi
Betapa sungguh
Telah lama ia begitu
Mujur Khaliq tahu hati itu tiada kudrat
Untuk mengintai air mata tahajud
Lantas
Dialah yang menguatkan
Dialah yang merangkul erat
Dialah yang mempertemukan
Antara hati yang lumpuh
Dan tahajud yang sedang berair mata
Sajak yang bawah ini untuk dihayati dimasa hadapan...=))
MEMBINA MAHLIGAI SYURGA
Telah kita kutip mutiara cinta
Sebagai alas mimpi-mimpi hari esok
Telah kita cungkil permata kesabaran
Sebagai pintu kekuatan
Dan telah kita kait kejora rindu
Sebagai permaidani tempat bermain
Mahligai yang sedang dibina ini
Tidak bisa menjadi indah
Kalau disulami dendam amarah
Kalau dibina di atas pasak-pasak benci
Kalau diintai nafsu tak bermata
Kita sungguh adalah satu
Yang setiapnya menyelongkar laut hati
Tersimpan wahyu dari Tuhan
Untuk kita cari
Inilah mahligai syurga
Yang bersenandung di dalamnya lagu-lagu tauhid
Yang gelak tangis disusuli puja puji pada Yang Kuasa
Yang di dalamnya ada kita
Kalau nak baca sajak-sajak beliau, boleh lawat disini
No comments:
Post a Comment