Pages

Subscribe

Thursday, September 1, 2011

Kisah Cinta Aku Kau, Ana Enta, Sayang Abang….

Kisah Cinta Aku Kau, Ana Enta, Sayang Abang…

.

Kisah cinta kami bukanlah drama korea, apatah lagi ibarat hero dan heroin drama hindustan, tapi dinukilkan serba sedikit sebagai rakaman memori kami berdua. Semoga kasih yang terjalin dalam ikatan perkahwinan ini diberkati Allah dan menjadi wasilah menuju syurga-Nya yang abadi.

Chapter 1 : Kisah Aku dan Kau

Perkenalan kami bermula di Kolej Mara Banting. Tidaklah dikatakan sebagai perkenalan kerana kami tidak pernah bertegur sapa dan dia sendiri tidak menyedari kewujudan seorang manusia bernama Mohd Redhuan di bumi Banting itu. Aneh juga walaupun kelas kami hanyalah selang sebelah sahaja dan kawan-kawan kami rata-ratanya kawan-kawan yang sama, tapi kami tidak pernah bertegur sapa.

Tetapi sudah pasti saya menyedari kewujudan seorang gadis bernama Siti Samihah di bumi Banting itu kerana sering kali terserempak dan tiap-tiap hari akan melalui hadapan kelasnya untuk sampai ke kelas saya.

Tapi memori yang melekat dalam kepala dari dulu sehingga kini yang sering membuatkan saya tersenyum adalah ada satu insiden dimana isteriku itu dengangaya selambanya membuat gaya pasrah dan melekatkan badan ke pintu sambil gelak ketawa (tak tahu macam mana nak jelaskan dengan betul). Dia mekapkan badan ke pintu kerana tergelakkan seorang rakan sekelas saya yang memakai baju warna merah terang, sedangkan dia juga waktu itu memakai baju merah terang bertudung labuh putih.

Saat menyaksikan momen itu terus terdetik dalam hati

“ Fuiyooooo, naqibah rock siot “ sambil tersengih sendirian. Sejak dari itu tahulah aku akan kewujudan seorang perempuan bertudung labuh yang menjadi naqibah tapi berperangai rock, sempoi dan bajet cooooool..=)

2 tahun kehidupan di KMB berlalu begitu sahaja dan kami pun tidak pernah bertegur dan dia masih tidak menyedari akan kewujudanku sehinggalah takdir Allah membawa kami bersama-sama ke bumi Cork, Ireland yang merupakan tempat paling tidak ingin aku jejaki kerana namanya yang sedikit ‘pelik’ dan tidak sedap dipendengaran. Namun, kuasa dan takdir Allah itu tiada siapa yang mampu menghalangnya. Allah menemukan kami berdua di bumi Cork yang damai dan permai itu.

Apabila telah keluar list nama pelajar ke Cork, barulah dia mendengar namaku dan mula sedikit sebanyak menegnaliku. Kehidupan sewaktu tahun pertama penuh dengan suka duka. Ye, la pertama kali ke bumi asing. Pelajar pertama semua ditempatkan di Castlewhite dan apartment kami bertentangan antara satu sama lain.=) Banyak juga memori-memori tahun pertama antara kami sebagai kawan yang masih kuingati.

Paling istimewa pada tahun pertama kami membuat study group bersama bersama-sama 4 orang kawan lain. Study group yang bertahan selalu setahun lebih itu banyak membantu dalam menelaah pelajaran.

Tiada siapa pernah menjangka bahawa kami telah ditakdirkan bersama. Semuanya seperti biasa-biasa sahaja, berkawan seperti biasa dan tiada apa yang bukan cinta biasa.Waktu tahun pertama, kami pernah betukar laptop selama sebulan lebih kerana laptopnya tiada software untuk menyiapkan assigment. Dari situ aku menghafal no pelajarnya dan juga passwordnya kerana untuk access internet memerlukan no pelajar dan password. Sebagai tanda terima kasih dia padaku kerana meminjamkan laptop, habis wallpaperku diubahnya dengan gambar datuk K dan Siti Nurhaliza yang telah diedit pelbagai rupa…=)

Waktu tahun pertama juga, dia pernah membuatkan Cheese Cake sempena hari lahirku. Walaupun sampai la selepas kahwin saya ingat orang lain yang buatkan, rupa-rupanya dia yang buatkan.

Banyak lagi memori kami bersama yang sebenarnya tidak pernah dirancang, namun entah mengapa sejak berkahwin ku korek semula memori-memori semasa kami sebagai kawan dan terasa manis bila mengenangkannya. Dia pun langsung tidak ingat bila ku ceritakan momen-momen kami berdua dulu. Ye la tidak pernah menyangka dan terbayang langsung dimindanya yang dia telah ditakdirkan menjadi suri dalam hidupku, maka tidak pernah langsung dia cuba untuk mengingati.

Tapi entah mengapa momen kami bersama dari tahun pertama sehingga tahun ketiga banyak juga melekat dalam mindaku. Dan kami selesa menggunakan Aku dan Kau seperti kawan-kawan lain dalam perbualan harian kami.=)

p/s : teringat pernah menghadiahkan sehelai jaket berwarna cokelat(yang dibeli dari kedai charity dan ingin di ‘get rid’ kan dari wardrobe ku…hehe) yang dia masih pakai sehingga ke hari ini

Chapter 2 : Kisah Ana Enta

Alkisahnya bermula, apabila masuk ke tahun ketiga,apabila merasakan diri sudah ‘sesuai’ dan perlu berkahwin, maka, saya pun mulalah memikirkan calon-calon yang sesuai untuk dijadikan ibu kepada anak-anak. Sifirnya mudah. Kalau nak kahwin masa study, saya akan cari orang Cork juga sebab memang jenis yang tak suka hidup berjauhan. Kemudian bila difikir-fikirkan orang Cork nih bukan ramai pun. Balik-balik jumpa muka tuh jer la. Tapi tiada keputusan dibuat berkenaan calon pilihan hati.

Ditakdirkan Allah juga, pada tahun itu, kami menganjurkan program DIA, sebuah summercamp anjuran AtapHijau. Perancangan Allah menemukan kami dalam medan dakwah tersebut. Saya menjadi Pengarah Modul dan dia dilantik menjadi Timbalan Pengarah Modul. Kerja menghasilkan modul memerlukan banyak komunikasi dan perbincangan. Selepas tamat peperiksaan musim panas, hampir sahaja setiap hari mesyuarat perbincangan modul diadakan dan bermakna hampir setiap hari jugalah kami bertemu beramai-ramai. Ketika pulang juga perlu selalu bebrincang secara maya untuk menghasilkan modul program tersebut. Rasa-rasanya dari situlah mula berputik dihati perasaan yang dianugerahkan Allah…=)

Kemudian, program berjalan seperti biasa dan kemudia perhubungan kami kembali biasa dan tidak lagi berhubung kerana tiada keperluan kerja dan sebagainya. Suatu hari emak tetiba sahaja menyuruh ku membuka gambar-gambar kawan –kawan perempuan yang ada di Facebook. Entah mengapa tidak semena-mena dan dirancang sama sekali, hati dan tangan serentak membuka page seorang wanita bernama Siti Samihah Mohd Shukri dan menunjukkan gambar-gambarnya di Facebook. Isteri tidak pernah meletakkan gambar-gambarnya di Facebook, tetapi emak hanya melohat gambar yang ditag oleh orang lain.

Soalan pertama yang mak tanya adalah, ‘Orang mana?’. ‘Orang Ampang, mak’. Terus mak buat muka macam tak kisah malas nak layan kerana sudah kutahu hajat hatinya hendak berbesankan orang-orang dekat situ sahaja. ‘Macamana, mak berkenan tak?’ Mak membuat tak layan dan tidak menjawab persoalanku. Tapi sebenarnya saya tidak pernah menunjukkan gambar mana-mana perempuan, dan pastinya mak juga sudah menangkap isi hatiku. Cumanya saya sendiri sahaja yang belum bisa memahami perasaan sendiri.

Tidak susah untuk membuat keputusan kali ini. Solat istikharah dilakukan dan doa dipanjatkan agar Allah menetapkan hati. Selepas kembali dari cuti musim panas pada tahun keempat dan ketika itu masih lagi bulan Ramadhan, saya berjumpa seorang sahabat yang lebih tua memintanya merisik isteri bagi pihak diri saya. Masih ingat skrip perbualan kami ketika itu,

‘Fairuz, aku rasa chances dia nak terima aku 30% jer, tapi aku nak ‘gamble’ on that chances. Kalau itu jodoh aku’, Kataku sambil tersenyum gundah.

‘OK, nanti kitaorg tolong tanyakan’, katanya

Hati gundah dan resah menanti lamaran diterima atau tidak. Hanya Allah yang tahu betapa gelisahnya hati menantikan jawabannya. Alhamdulillah, isteri tidak mengambil masa yang lama, dalam masa 3 atau 4 hari sahaja beliau memberikan maklum balas. Dia menyatakan persetujuannya untuk bertaaruf beberapa hari selepas Hari Raya. Allahu Allah..Betapa gembira dan bersyukurnya saat itu. Apabila dikenangkan saat itu memang seperti manusia paling gembira atas muka bumi Allah. Waktu itu mahu sahaja ku jeritkan pada seleruh alam isi hati betapa gembiranya diri ini.

Selepas kahwin baru ku tahu, isteri telah berazam untuk menerima mana-mana lelaki yang pertama sekali melamarnya dengan cara yang sebenarnya mengikut lunas islam. Dan Alhamdulillah, akulah yang menjadi lelaki pertama melamar sekuntum bunga ditaman larangan itu.

Tidak berapa lama selepas itu, kami pun berjumpa untuk bertaaruf, berkenalan, menceritakan berkenaan diri sedikit sebanyak dan menyatakan perancangan kehidupan masa hadapan dengan bantuan sahabat yang lebih tua tadi. Banyak juga syarat yang dia kenakan padaku, tapi pandai sahaja aku berhelah dengan memberi jawapan skema ‘ masa depan tu kita tak tahu dan hanya Allah yang tahu ‘..;p.

Alhamdulillah, Allah permudahkan jalan cinta kami. Taaruf pertama terus membincangkan berkenaan perancangan perkahwinan dan sebagainya, bila bertunang dan sebagainya. Isteri ketika itu juga tidak sempat berfikir banyak kerana terlalu cepat dan mendadak. Hanyak mengangguk sahaja dia.

Kemudian, ku cadangkan padanya untuk menukar status panggilan dari Aku Kau kepada Ana Enta supaya lebih sesuai. Payah juga nak ‘memaksa’ isteri kerana kami telah biasa dengan Aku Kau. Akhirnya kami bersetuju juga untuk menggunakan Ana Enta. Ia agak istimewa padaku kerana aku tidak pernah membahasakan diri dengan sesiapa menggunakan Ana Enta. Selalunya menggunakan kata ganti diri Saya sahaja. Hanya dengan isteri, ku bahasakan diri Ana dan memanggilnya Enti….=). Lawak juga diawal-awalnya, sekejap ana, sekejap aku sekejap enta sekejap kau. Haha.

Selepas taaruf pertama itu ku telefon ayahnya menyatakan niat dihati. Soalan pertama diajukan ayah mertua ‘ Kenapa, Redhuan suka Samihah’. Gulp! Aku hanya tersengih dan tertawa tanpa sebarang jawapan. Sepanjang perbualan ringkas itu, hanya perkataan Insyaallah mampu ku lafazkan mendengarkan ‘amanat’ pertama dari ayah mertua. Kemudian, kami bersetuju untuk melangsungkan pertunangan ketika musim sejuk pada 5 Disember 2010 walaupun kami tidak pulang ke tanah air.


Majlis pertunangan dilangsungkan dengan keluarga saya membawa rombongan meminang ke rumah isteri dan kami berdua berada di Cork. Pertunangan kami secara maya, kami hanya memasang Skype sepanjang majlis pertunangan tersebut. =). Aku hanya berselubungkan Duvet kerana sejuk. Kami perlu menahan mata dari tengah malam sampai ke pagi kerana waktu di Ireland majlis bermula jam 3 pagi hinggalah jam 6 pagi.

Dan majlis pernikahan diputuskan untuk dibuat pada cuti musim panas akan datang.

Banyak juga kenangan manis dan kelakar waktu bertunang yang masih tersemat dalam kotak memori.=)

Chapter 3 : Kisah Sayang Abang


Alhamdulillah kami sah diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 2 Julai 2011 dengan 2 kali lafaz. Aiseyh apsal 2 kali plak nih, sotai betul. (Sehingga kehari ini tidak puas hati dengan Tok Imam kerana tidak menerima lafaz pertama ku kerana terlebih perkataan NYA. Di Kedah(itu yang diajar ketika kursus kahwin) lafaz yang digunakan adalah ‘Aku terima nikahNYA‘, maka ayat itulah yang dilafazkan sehari-hari dalam kepala. Namun, di Selangor digunakan hanya ‘Aku terima Nikah’). Apa pun Alhamdulillah, kami telah selamat menjadi suami dan isteri.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan majlis diadakan di kedua-dua belah pihak.

Kelakar juga, sehari selepas kahwin, kami masih membahasakan diri sebagai Ana Enta. Ibu mertua ynag mendengarnya terus memanggil isteri dan memarahinya. ‘ Apa nih dah kahwin pun ana enta lagi’. Maka, malam itu kami berbincang untuk menukar kata ganti diri yang lebih istimewa.

Soalan pertama yang kami saling ajukan buat satu sama lain ‘Kenapa Abang/Sayang kahwin Sayang/Abang?’. Itulah soalan yang jawapannya teringin sangat didengari oleh antara satu sama lain, kerana dari situ lafaz cinta diucapkan buat satu sama lain.

Hanya setinggi-tinggi puji dan syukur mampu dipanjatkan kepada Allah atas takdir dan kehendak-Nya lah kami bertemu, bercinta dan berumahtangga. Alhamdulillah, Allah memudahkan segalanya buat kami. Jujur kukatakan jalan cinta kami setakat ini Alhamdulillah dipermudahkan dan dilancarkan Allah.

Bak kata pepatah sedangkan lidah lagi tergigit apatah lagi suami isteri. Setiap hari ada sahaja karenah kami, sekejap bergaduh, sekejap tertawa, sekejap bermanja, sekejap serius dan pelbagai ragam. Kami ini ibarat ‘Opposite Attraction’. Kami sungguh berbeza dari segi perwatakan, kelebihan, kelemahan minat, kesukaan dan tabiat. Namun, perbezaan itulah yang mengharmonikan rumah tangga kami. Kami saling melengkapi kekurangan dan kelebihan antara satu sama lain. Alhamdulillah.

Semoga rumah tangga yang dibina ini diberkati dan dilindungi Allah. Semoga Allah menganugerahkan rasa cinta sebesar semesta untuk kami mendamba cinta hanya pada-Nya. Semoga Allah mengurniakan sakinah mawaddah dan rahmah buat rumahtangga kami dan menyerikan hidup kami dengan anak-anak soleh buat penyejuk mata.

Telah kami wakafkan perkahwinan ini untuk perjuangan menegakkan agama-Nya. Semoga Allah menunjukkan jalan kebenaran buat kami dan menetapkan hati-hati kami untuk terus taat dalam agama-Nya dan perjuangan agama ini.

Kami hanya mencari cinta yang diredhai-Nya. Bercinta hanya selepas kahwin. Kami berusaha untuk saling menjaga batas-batas agar tidak berlebihan dan tidak lari dari landasan syariat. Biarlah rumah tangga yang dibina bermula dengan keberkataan dan kebaikan agar rumah tangga yang dibina mendapat rahmat dari Allah. Dan kini kami sedang menikmati nikmat cinta yang halal yang dianugerahkan Allah.

Akhir kalam, SAY NO TO COUPLE! Kalau minat mana-mana wanita terus sahaja merisik dengan cara yang sesuai berlandaskan syariat dan agama. Lagi satu pesanan, Jangan tunggu lama-lama…(Sila sambung sendiri)…=)

2 comments:

Muaz Nabil said...

nanti lama2...(sambung sendiri)
sweet lah shedot nih... :))

wany said...

shidoott!! aku gelak kott part cheese cake tuu..haha cis kantoi disitu.. aku buat sama2 dgn miha kottt..miha jgn buat citaaa naaa..hahahaha fine laa aku tlg sket2 ja...kahkahh..