Pages

Subscribe

Tuesday, November 1, 2011

Antara Tanggungjawab dan Hak!



Assalamualaikum wbt.

Masa baru-baru kahwin dulu (skang pun masih baru lagi) pernah la menulis artikel bertajuk 'Dimana Syurga Suami?'. Dalam artikel adalah meletakkan hadith Rasulullah berbunyi begini,

Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya. Orang yang paling baik diantara kamu adalah orang yang paling baik melayani isterinya” (Riwayat At-Tirmizi)

Maka, bila baca hadith nih memang berazam laa kan untuk menjadi suami yang terbaik untuk menyempurnakan akhlak kerana dalam hadith lainnya Rasulullah menceritakan bahawa yang paling berat sekali timbangan diakhirat kelak adalah akhlak yang mulia.

Nak dijadikan cerita, bila dah balik ke Cork nih almaklumlan masing-masing pun busy belaka. Ye la dah dua-dua pun final year, work load pun sama banyak je. Ye la 'kadang-kadang' tuh ringan la tangan nak membantu isteri memasak dan mengemas rumah. Tapi bila dah lama-lama tuh entah mengapa bila 'kena' buat kerja rumah sket jer cam rasa tak seronok, rasa nak emosi tak tentu pasal. Padahal bukan selalu pun, sebab most of the time memang isteri yang buat.*sendiri pun xpaham mengapa..aiyyo*

Pastuh duduklah sebentar bertafakur dan bermuhasabah sebentar mengapa hal itu berlaku. Bila difikir-fikirkan kembali rupanya ada sesuatu pemikiran yang tidak betul-betul tepat ketika sebelum berkahwin.

Pemikiran yang dimaksudkan adalah pemikiran tipikal lelaki yang berfikir bahawa kerja rumah memang kerja isteri. Masak, basuh baju, lipat baju, kemas rumah dan hal-hal berkaitan hal ehwal perumahan, semuanya tugas isteri. Suami kerja bayar bil kat internet, bayar sewa online dan perkara-perkara lain yg lebih mudah. Memang sebelum kahwin pun itulah yang dibayangkan, bila dah berkahwin nanti, ada orang masakkan, basuhkan baju dan etc etc.

Sedangkan sejak dari umur 13 tahun duduk asrama, basuh baju sendiri, lipat baju sendiri, kemas katil, basuh jamban dan sebagainya. Semuanya sendiri. Tambah-tambah bila dah fly ke Ireland nih, lglah semuanya sendiri. Dah 11 tahun buat semuanya sendiri, tak pernah pulak nak emosi. Tup tup lepas kahwin tetiba kena buat sket nak marah. Memang sah la ada benda tak kena.

Ia sebenarnya berbalik semula kepada pemikiran tipikal yang rasanya telah berjaya menyerap kedalam kotak fikir sebelum kahwin. Owh, semua tugasan rumah tangga, adalah kerja isteri, suami membantu hanya bila dia rasa nak bantu.

Kemudian, baca la artikel-artikel di internet untuk mencari jawapan, dan terjumpa artikel Ustaz Pahrol Juoi. Katanya, dalam rumah tangga, jangan kita memikirkan apa hak kita yang perlu dipenuhi pasangan, sebaliknya fikirlah apa tanggaungjawab kita kepada pasangan kita. Bila kita berfikir begitu, maka kita akan jauh lebih bahagia kerana hak-hak kita takkan dapat dipenuhi oleh pasangan kita dengan sempurna kerana kita manusia yang lemah. Akhirnya kita sendiri merasa tertekan dan kecewa. Sebelum kahwin dah pernah dengar Ustaz Nouman Ali Khan bercakap the exact same things tapi masa tuh tak dapat really make sense what he was saying until i am in the marriage itself.

Tak de masalah besar pun untuk orang lelaki sama-sama buat kerja rumah selepas berkahwin. Hanya kita disogokkan dengan pemikiran tipikal orang melayu berkenaan 'kerja rumah tanggungjawab isteri'. Pemikiran tipikal ini jauh menyimpang dari apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah. Sedangkan Rasulullah sendiri menjahit bajunya dan membuat kerja rumah.

Sedangkan selama 11 tahun hidup berdikari membuat sendiri kerja-kerja rumah, maka mengapa ia perlu berubaha hanya kerana kita telah berkahwin?

Bila teringat hadith Rasulullah berkenaan baginda sendiri menjahit baju nya, teringat ayah dan ayah mertua di rumah. Walaupun mak suri rumah, ayah akan basuh sendiri baju-baju kerja dan pakaian dalam dia sendiri terutama masa mak sibuk. Ayah mertua juga begitu, memang dialah yang membasuh baju dirumah dan menjadi hobi pulak baginya membasuh rumah. Abang ipar di rumah juga begitu, suka dan rajin memasak, yang seorang lagi rajin menjaga anak dan membuat kerja. Melihat kepada sahabat-sahabt doktor-doktor di Cork juga begitu, mereka tidak lokek memasaka, membuat kerja rumah dan sebagainya, perkara-perkara yang dianggap 'tugas isteri' itu sebenarnya adalah tugas suami juga.

Benarlah, apabila telah menukar pemikiran dan membuang jauh pemikiran tipikal tersebut, maka, hidup jauh lebih bahagia. Not to say before this x bahagia, tersangatlah bahagia tetapi bila kena buat kerja tuh rasa tidak best. Skang nih bila buat kerja rasa itu sebahagian dari tanggungjawab dan seronok bila membuatnya, sebab memikirkan bahawa diri sedang memberi dan memenuhi tanggungjawab sebagai seorang suami yang moga-moga mendapat balasan pahala dari Allah.

Selalu juga ingatkan isteri untuk sama-sama beramal dengan tips yang disampaikan oleh Rasulullah kepada anakanda kesayangannya Siti Fatimah Binti Muhammad, untuk membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar sebanyak 33 kali setiap hari sebelum tidur. Sedangkan Siti Fatimah, antara 4 wanita yang dikatakan oleh Rasulullah yang telah mencapai kesempurnaan (Saidatina Maryam ibnu Imran, Saidatina Asiah, Saidatina Khadijah dan Saidatina Fatimah)merasa susah untuk menguruskan rumah tangga sehinga mengadu kepada Rasulullah akan kesusahan tersebut, apatah lg kita manusia yang lemah ini.

Adios~

1 comment:

Mr Basuh Rumah said...

are you sure you got this sentence right? (just wondering)

"Ayah mertua juga begitu, memang dialah yang membasuh baju dirumah dan menjadi hobi pulak baginya MEMBASUH RUMAH"

kalau betul lah, hebak blako la Pakcik Shukri nih...heheh