Sapa yang tidak kenal dengan actor Arnold Schwarzenegger yang menjadi Gabenor California. Tahukah anda bahawa Presiden Madagascar yang baru,Andry Rajoelina merupakan seorang Disc Jokey dan beliau pernah membuka Syarikat Penyiaran???Tahukah anda bahawa Marey Carey, seorang pelakon cerita lucah pernah menjadi calon untuk bertanding dalam pemilihan Gabenor California pada 2003.?Terbaru, Aktor India Sanjay Dutt juga melahirkan keinginan untuk melibatkan diri dalam politik namun di halang oleh Mahkamah kerana dalam proses prosiding mahkamah.
Selain itu, penyanyi dan pelakon remaja dari seberang, Irwansyah, bakal menjadi calon dan bertanding untuk Pilihan Raya Indonesia, mewakili Parti Indonesia Sejahtera. "Seniman juga harus tahu politik. Aku nyanyi juga di dunia politik," jelas Irwansyah tatkala ditanya mengapa ingin terjun kedunia politik. Irwansyah ketika ditemui wartawan masa berkempen di pusat membeli-belah di Jakarta baru-baru ini mengaku tidak membawa wang dalam pertemuannya dengan pengundi.Menurut beliau, dia telah bosan dengan politik wang yang semakin serius di Indonesia.
Saban hari semakin ramai artis yang berhasrat untuk terjun ke dunia politik. Apakah keindahan yang menyelubungi dunia politik yang menarik minat artis-artis dari dunia mewah penuh gemerlapan Hollywood?Hidup penuh kemahsyuran dan disangjungi oleh peminat-peminat, dunia artis bagaikan mimpi bagi sesetengah golongan. Namun, mengapa mereka memilih politik untuk meneruskan kerjaya dan memilih politik sebagai satu cabang kehidupan mereka?
Apa yang pasti, setiap insan itu tidak akan terlepas dari cengkaman politik, larilah sejauh mana pun, politik akan menyelubungi anda. Seperti kata Irwansyah, dia menyanyi pun dalam dunia politik. Setiap kerjaya kita, doktor, jurutera, tukang kebun, polis, dan segala macam pekerjaan semuanya melibatkan politik. Maka bagaimana untuk kita mengatakan politik is not for me sedangkan hidup kita dipenuhi politik, sekalipun politik itu penuh rasuah, fitnah, penyelewengan dan caci maki. Politik itu sebahagian dari setiap dari kita.
Politik yang didefinisikan dengan sebagai Hiraasah al-Deen wa Siyaasah al-Dunya bihi (memelihara agama dan mengurus tadbirkan dunia dengan agama itu) di dalam kitab al-Ahkaam al-Sulthaniyyah adalah peraturan Allah kepada tamadun manusia. Kehidupan berperaturan, terpelihara di antara peranan dan hak masing-masing, adalah kehidupan yang mengangkat darjat manusia sebagai makhluk penghulu yang tinggi.(Definisi dari SaifulIslam.com). Maka politik itu wajar mentadbir kehidupan setiap dari kita berdasarkan hukum-hukum Allah kerana politik islam akan memartabatkan ketamadunan Islam.
Semua kuasa besar didunia mempunyai sistem politik yang kukuh. Islam dengan sistem Khalifah, Rome dengan sistem Republik nya, Amerika dengan sistem capitalist dan Russia dan China dengan sistem Sosialist, semua kuasa ini berjaya membina ketamadunan mereka melalui kuasa politik. Namun kita sebagai umat islam telah diberi panduan melalui Al-Quran dan As-Sunnah akan bagaimana sistem politik yang wajar kita laksanakan untuk membina ketamadunan Ummah kita, supaya kita dihadapan Allah kelak, apabila disoal akan bagaimana kita mentadbir bumi Allah ini, kita akan boleh menjawab,"Aku telah mentadbir bumi amanahMu berdasarkan HAK-HAK hukum-Mu yang termaktub dalam Al-Quran".
Wallahu'alam...
Sunday, April 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment