Pages

Subscribe

Wednesday, October 28, 2009

Jawapan Quizzie di 63 : Riba

Assalmualaikum wbt..

Walaupun quiz ini tidak mendapat sambutan still nk bg jawapan jugak..hehehe..tuh laa..akhirnya aku bg soalan aku sendiri yg jawab kan...haha..dan tema soalan2 minggu ini adalah RIBA

1. Ayat berkenaan hukum apakah yang terakhir sekali turun dalam Al-Quran sebelum kewafatan baginda?

Al-Nasai dan lain lain ulama meriwayatkan dari Abdullah bin Abbas berkata, "akhir sesuatu yg diturunkan daripada ayat al-quran ialah ayat ini (Al-Baqarah ayat 275-281) dan selang antara ayat ini diwahyukan dnegan kewafatan Rasulullah ialah 31 hari

Namun ulama berselisih pendapat tentang berapa hari ayat ini diturunkan sebelum kewafatan Rasulullah.

Saidina Umar al-Khattab yang menyatakan "Bahawa ayat al-riba adalah ayat yang terakhir diturunkan dalam Al-Quran dan Nabi menerimanya tanpa sempat menjelaskan lebih lanjut mengenainya"

2. Apakah salah satu antara 2 dosa yang Allah dan Rasul mengiystihar perang keatas pengamalnya?

Ayat berkenaan hukum RIBA

Surah Al-Baqarah : 279

"Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu, akan adanya peperangan daripada Allah dan Rasul-Nya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan demikian) kamu tidak melakukan zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa"

3. Berapakah percentage bagi pengguna muslim dan non-muslim yang menggunakan Islamic Banking di Malaysia?

Muslim - 30%
Non-muslim - 70%

In Malaysia, for example, non-Muslims are major users of Islamic finance products. Banks such as the Hong Leong Islamic Bank, and the Malaysian cooperative bank, Bank Rakyat, report a 70 per cent uptake of Islamic financial products by Chinese customers. So, why are non-Muslim customers attracted to Islamic banks?

sumber adalah dipetik dari http://www.zaharuddin.net/content/view/750/72/

6 comments:

Amir Hazwan said...

soalan ya sheikh

erm, kata la aku guna bank HSBC. pastu dia bagi interest kat aku, e.g 5% setiap bulan. Tapi tiap kali aku dapat interest tuh aku pass duit tuh kat Melissa, and aku xpakai pun duit tuh. Apakah hukummnya? Adakah anda taw? aku rasa still berdosa sbb Melissa pakai duit tuh, and bak kata Ustaz Shiham orang non-muslims pun akan dpt balasan kt akhirat (e.g x tutup aurat, x solat, etc) wa...

Semoga Allah mengampuni dosa2ku kalau berdosa.. tobat x nak terlibat dgn interest2 nh dh. huu..

redhuans said...

hahaha...

aku bukanlah tok syeikh yg pandai sgt pun dlm bab2 nih..tp setau aku laa kt UK ada islamic banking kan..

kalo ada option islamic banking maka wajib laa utk gunakan menggantikan sistem konvensional yg ada..

kalo mcm kt ireland x der islamic banking, yg ada pun satu bank nih interest free..skang nih bru pakat ramai2 nk bertukar ke bank tuh..

so better anda bertukar ke islamic banking, walaupun service nya tidak sebaik bank yg anda guner skang nih...

in term of duit riba tuh, yang paling baik adalah utk donate duit tuh utk kebaikan masyarakat mcm utk wat jln ker, wat tandas ker..tp xleh donate kt mesjid rasanya...

yg nih kalo ada saper2 ada ilmu share laa yer ngan kitaorg yg jahil nih..jgn dok diam kedekut ilmu jer..hihih

Amir Hazwan said...

tapi aku dapat interest tuh masa 1st year dulu ja, skang dah tuka akaun yang xdpt interest (altho masih bank HSBC). ok x gitu?

redhuans said...

hehe..

Dari Jabir bin 'Abdillah r.a, ia berkata, "Rasulullah saw. melaknat pemakan riba, yang memberi riba, penulisnya dan dua saksinya. Ia berkata, 'Mereka seluruhnya sama'," (HR Muslim [1598]).

maksudnya, sama ja suma yg terlibat dlm sistem riba..sbb duit yg ko simpan dlm bank tuh akan digunakan oleh bank tuh utk dilaburkan atau dihutangkan pada org lain pula..derang guna duit ko utk wat perdagangan riba ngan org lain..so pada pendapat saya x boleh..

better ko bertukar jer kepada islamic banking..sbb x da keraguan dan xyah pening2 pale fikir dosa riba terpalit kt ko atau melissa dah..

Kaum yahudi dahulu telah diharamkan riba pada mereka, tp sbb derang nk juga wat riba derang cari mcm2 alasan tuk membolehkan riba...derang ckp riba tuh sama jaa mcm jual beli..pastuh derang ckp riba tuh hanya haram kalo wat utk bangsa yahudi sahaja, dan riba tuh hanya haram utk pertukaran emas sahaja..tp Allah dah kata Allah Halalkan jual beli, dan Haram kan riba..maksudnya jual beli dan riba x sama..mereka sekadar mencari alasan..

huhuhu..ada pendapat lain kaa dr kawan2 sy yg bijak pandai..

wallhu'alam...

aku pun x transfer suma duit aku lg dr bank lama..dok tunggu dpt card laa semua..ish banyak pula alasan aku sebenarnya..

Amir Hazwan said...

uuuuuu.... tapi bank yg ada islamic account pun pkai interest jugak kot, contohnya lloyds and barclays. aku x sure tp rasanya mcm xde je bank yg xde interest. bank islam ada tapi aku tengok kosong je bank tuh macam xdak orang pun kwang3... nak letak duit kt situ pun x berani nuakkk..,., ko taw la ktorg jpa skali masuk ribu2..
pendek kata mmg aku pun dok beralasan laah jugak senanye huhuhu

redhuans said...

huhuh..kalo dia ada islamic banking system or account selalu dia akan ada panel syariah yg akan mengawasi dan cam bg advise pada banking system dia sama ada menepati syariah ker x..so insyaallah kalo dia claim islamic banking or account boleh guna laaa..

islamic banking x guna sistem interest or faedah..tp dia akan guna sistem al-wadiah..al wadiah tuh maksudnya, macam kontrak antara kita dengan bank dimana kita bg bank jaga duit kita, in return kita bersetuju utk bank menggunakan duit kita sebagai modal utk dia melabur dlm mana2 perniagaan yg berlandaskan syara'..dan keuntungan yg dia dpt adalah hak milik bank, tp bank boleh memberikan Hibah (hadiah) kepada kita..so kalo yg mcm interest tuh sebenarnya adalah hadiah maksudnya..

tu la sedeket sebanyak yg aku tau..huhuh