Pages

Subscribe

Sunday, October 4, 2009

Shedot Super Sunday : Anu Dalam Botol..


Assalamualaikum wbt...selamat hari ahad semua..i was waiting for the sunrise the whole morning but sadly it's not a 'SUN'day...hahaha


Provocative x tajuk??hahah..maybe a bit porno, but it is a title for an upcoming Malay movie..the last time i heard the title was change to ...(dot dot dot) dalam botol sbb jakim x luluskan sumthing like that..


bukan laa entry hari nih nak bercerita ttg filem2 18sx pulak kan..haha..cumanya kalo kita perasan skang nih berlaku lambakan filem2 yg cuba menyampaikan mesej yang baik tetapi mungkin caranya kelihatan kurang baik..macam filem anu dalam botol nih, kononye bakal mengisahkan cerita seorang mak nyah yg sudah buat surgery, kemudian dia insaf dan jatuh cinta kt sorang pompuan n nak jadik laki balek..kebanyakkan filem2 mcm nih cuba menyangkan realiti yg berlaku dalam environment kita..dan cuba menyedarkan masyarakat bahawa perkara tersebut terjadi..macam citer bohsia jgn pilih jalan hitam..kawan aku ckp citer dia mmg citer realiti yg berlaku..


tp bila realiti buruk dipaparkan, secara x langsung semua adegan2 buruk tersebut terpaksa dilakonkan on screen...pelakon kena melakonkan adegan2 maksiat yang bersifat dosa besar nih walaupun hanyalah lakonan..satu persoalan, apakah perbezaan melakonkan maksiat dan membuat maksiat??adakah hanya pada niat yg berbeza maka di bolehkan??ataukah kerana hendak menyedarkan masyrakat ia dibolehkan???bepakaian menyerupai perempuan itu haram, dan pelakon2 dlm movie nih mesti berpakaian begitu, maka adakah ia dibolehkan??kalo mak nyah2 tuh membuat seks pun adegan2 tersebut akan ditunjukkan walaupun secara halus dan berkias dan berlapik..segala perlakuan buruk2 mak nyah nih suma akan dipaparkan utk tayangan umum yg kebanyakkanya adalah maksiat..perempuan bersifat seperti bohsia, membuka aurat, bercakap kasar dan lucah, merokok, pergaulan bebas itu haram..tetapi adakah dibolehkan utk dilakonkan???so satu persoalan timbul, bolehkah dalam usaha menyampaikan mesej yg baik kita mendedahkan maksiat yg berlaku dalam masyarakat melalui filem..dan adakah melakonkan adegan maksiat dalam filem dibolehkan demi menyampaikan mesej dakwah???..itu persoalan-persoalan yg saya tatau jawapannya...


bila kita membuat filem2 mendedahkan realiti buruk yg berlaku, filem itu secara sendirinya menjadi alat rakaman maksiat yg berlaku dan ia didedahkan untuk ditayangkan kepada umum..kalo ada yg terpengaruh dengan maksiat2 tersebut mcm mana??haaaa..susah nak jawab tuh..


harituh terbaca artikel kt ili yg mengkritik drama-drama dan filem2 berimej islamik yg kononnya bersifat dakwah..penulis tuh juga menyelar tindakan ustaz hasrizal yg menulis script filem drama cinta sempurna..saya belum baca pendirian ustaz hasrizal berkenaan drama tuh..so xleh komen tindakan dia betul ker salah..tp satu yg pasti, pemakaian dalam drama tuh sgt menculuk mata laa..mmg x sesuai dengan konsep drama dakwah yg ingin dipaparkan..dan mungkin niat dakwah tuh dengan sendirinya telah terjejas..


drama2 islamik dan dakwah di Malaysia skang nih pada pendapat saya dipengaruhi oleh lambakan filem2 islamik dari Indonesia..gelombang ayat-ayat cinta, perempuan berkalong sorban dan mcm2 lg laa citer islamik dr indonesia nih..itulah bahana filem2 islamik indonesia..kalo kita tau, indonesia nih liberal..pengamalan agamanya sangat liberal..tgklah filem2 yg dipaparkan..tp persoalan timbul adakah filem2 itu bersifat dakwah..adakah cukup sifatnya jika ia hanya menyampaikan mesej yg baik??..apakah definisi dakwah??menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran...adakah filem2 ini bersifat mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran sekiranya ada unsur2 mungkar dipaparkan dalam filem itu, adakah ia menepati intipati maksud dakwah??adakah cukup hanya utk menyeru kepada kebaikan, tetapi filem itu secara tidak langsung mengetengahkan kemungkaran??


ini juga persoalan yg membelengu filem2 bersifat realiti seper anu dalam botol dan bohsia itu..


mungkin ada yg berkata, kalau filem itu tidak dielokkan sedikit demi sedikit lama2 ia akan menjadi bertambah buruk..kalo bezakan filem dulu dan sekarang yg mempunyai mesej dakwah, of kos mesej dakwah yg lebih bagus..maksudnya, kita perlu memperelokkan filem2 di malaysia sedikit demi sedikit..maka perlu golongan2 agama untuk melakukan intervention..tetapi ia tidak boleh dilakukan secara mendadak..maksudnya mcm semua filem kt malaysia pelakon wajib tutup aurat..kalo camtuh nanti artis mogok, rakyat keciwa dan produser rugi dan sebagainya..maka adakah dibolehkan untuk kita mengenepikan beberapa kemungkaran yg jelas dalam penghasilan filem, dalam usaha untuk memperbaiki filem2 tersebut???adakah boleh kita berkompromi dengan maksiat dan dosa untuk melakukan kebaikan???


mungkin kita melihat, filem adalah satu medium dakwah yang bagus sebab ia mampu disebarkan kepada masyarakat secara meluas..mmg x dinafikan, filem adalah mungkin medan dakwah yg berkesan pada masa sekrang..tetapi adakah demi dakwah kita mengabaikan persoalan2 lain??maka perlu membuat pertimbangan kebaikan dan keburukan filem2 bersifat realiti dan dakwah ini..sejauh mana ia menepati syara' dan sejauh mana keberkesanannya..


saya hanya memberi persoalan2 sahaja, dan tidak bersifat mengkritik..persoalan2 yg kita mungkin terpikir dan mungkin tidak..cuba pikir2kan dan cari jawapannya berdasarkan dalil al-quran dan sunnah..x bermakna kalo ustaz hasrizal buat sesuatu itu adalah mmg betul dan semua org perlu dan boleh ikut..tetapi tak juga boleh kata salah dan dosa kalo dia ada dalil sebab dan asbab..maka terletak ditangan kita untuk berfikir mana yang baik..berfikir berdasarkan dalil2 yg kita tahu dan pelajari...berfikir secara dinamik..jgn hanya jadi pak turut terutama dalam hal berkaitan agama...nnti kalo dah tau jawapan bg tau saya yer semua..sedangkan ulama' yg berilmu sgt banyak selalu mempunyai pandangan yg berbeza apatah lg kita yang ilmu secetek air di kali nih kan..tapi sama2lah lontarkan pandangan dan nilaikan..hantar laa komen dan pandangan anda..kita boleh banyak belajar lagi..hehehe..
p/s : perlu ker anu tuh kener simpan dalam botol??x leh simpan tempat lain kaaa??hahaha..tp x kan nk simpan dalam balang kuih raya pulak kan..kahakakha
pp/s : saya adalah salah seorang yg x tgk citer Nur Kasih kegilaan org2 baik2 dan ahli2 usrah..haha..mungkin saya x baik..hahaha
ppp/s : lupa nk wish all 3rd meds good luck for patho exam tomorrow..doakan kejayaan kawan-kawan anda dan diri anda juga..selamat berperiksa...hahah

1 comment: