Pages

Subscribe

Tuesday, August 9, 2011

Buat Wanita-Wanita Teristimewa



Assalamualaikum wbt.

Bulan Ogos nih meraikan hari kelahiran wanita-wanita teristimewa dalam hidup

2 Ogos - Kelahiran seorang wanita yang melahirkan ibu kepada bakal anak-anakku. Selamat Hari Lahir, Mak!

3 Ogos - Kelahiran Permaisuri hidup, penyeri jiwa, penyejuk mata dan teman setia. Selamat Hari Lahir Sayang!

6 Ogos - Kelahiran seorang wanita yang telah melahirkan dan membesarkanku sehingga aku telah dewasa. Jasanya tidak kan terbalas walauku berbakti padanya seumur hidupku. Selamat hari lahir Mak!



Buat wanita-wanita teristimewa dalam hidupku, Selamat Hari Lahir. Semoga Allah memberkati umur-umur kalian yang telah lalu dan akan datang. Semoga berkat dan rahmat Allah itu meliputi segenap ruang hidup kalian. Kerana kalianlah hidupku bahagia.

' Ya Allah, limpahilah hidup kami dengan penuh keberkatan dan rahmat-Mu. Masukkan kami ke dalam syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang mu. Peliharalah kami dalam iman dan islam hanya untuk mendamba cinta-Mu. Semoga sis umur yang tinggal buat kami ini diberikan kekuatan untuk taat pada perintahmu dan menunaikan segala suruhan-Mu '

Buat isteri tercinta, walaupun hari lahir pertama sayang yang disambut dengan abang sebagai suami isteri teramatlah sederhana, namun, harapnya kebahagiaan menyapa hidupmu hingga ke syurga..=)

No comments: